Berita Hari Ini

Isu Khalwat Cermin Mentaliti Kita, Kata Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa meluahkan kekesalan apabila ada golongan agamawan melulu memberikan komen terhadap isu serbuan ke atas pesalah khalwat baru-baru ini tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu.

“Saya tak hairan dengan orang-orang dalam media sosial (netizen), tetapi yang bagi komen ini adalah taraf-taraf agamawan yang dihormati masyarakat.

“Paling tidak, ambillah sikap ‘biar kita dengar dahulu’ penjelasan dari menteri tentang apa yang sebenarnya dia cakap. Itu pun kalau (mereka) hormat saya. Kalau tak hormat, memanglah, orang minta komen, belasahlah.

“Akhirnya bila saya tegur kesilapan dan minta baca transkrip sepenuhnya, mana nak letak muka? Saya tak bercakap melainkan saya tahu apa yang saya cakapkan. Jangan pandang rendah pada orang lain,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam ucapan perasmian persidangan meja bulat, ‘Falsafah & Tatacara Hukuman Jenayah Syariah dalam Mencapai Matlamat Rahmatan Lil Alamin’ di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut menegur masyarakat yang terlalu cepat menjatuhkan hukuman dan memaki hamun tanpa usul periksa.

“Daripada isu ini, kita nampaklah taraf mentaliti kita bagaimana. Tengok tajuk, terus maki haum dan cerca. Macamlah menteri agama ni bodoh sangat, macamlah tak ada agama dalam diri dia (menteri agama),” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");