Perak Hari Ini

‘Kampung Kacang Putih’ Jadi Lokasi Rumah Terbuka Deepavali Tahun Ini

IPOH:Seperti kelaziman, perayaan Deepavali dimeriahkan dengan tradisi rumah terbuka di kediaman masing-masing serta majlis anjuran pelbagai agensi dengan kepelbagaian juadah tradisional turut disajikan.

Di Perak sendiri, beberapa program telah diatur bagi memeriahkan sambutan Deepavali pada 6 November ini dan buat julung kalinya Kampung Buntong dipilih menjadi lokasi acara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional Dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan berkata,sambutan Perayaan Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Perak akan diadakan di Kampung Kacang Putih, Buntong pada 11 November depan.

Manakala karnival Deepavali akan berlangsung selama 10 hari di Little India Ipoh di sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijangka berangkat menghadiri sambutan itu.

“Beberpaa program bakal dianjurkan seperti program kebudayaan, makanan dan Persatuan Kacang Putih akan dibenarkan mebuka gerai kecil promosikan barangan mereka,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas mengenai salah faham berhubung pengajuran karnival Deepavali baru-baru ini, kata Sivanesan isu tersebut telah diselesaikan dan perancangan aktiviti mengikut jadual telah ditetapkan.

Terdahulu lebih daripada 100 peniaga di Little India Ipoh mengadakan perhimpunan aman untuk mendesak kerajaan negeri untuk memberi mereka kebenaran menganjurkan Karnaval Deepavali tanpa gangguan daripada pihak lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");