Perak Hari Ini

Komited Bina 50,000 Rumah Perakku Dalam Tempoh Lima Tahun

PARIT BUNTAR- Kerajaan Negeri Perak melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) komited membina 50,000 buah Rumah Perakku meliputi rumah kos rendah,sederhana rendah dan mampu milik dalam tempoh lima tahun ini (2008-2022).

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari, berkata fasa awal projek ini LPHP bakal menawarkan 750 unit rumah kos rendah kepada rakyat negeri ini yang layak.

Menurutnya sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan sehingga hari ini pihaknya telah pun menerima lebih 9,000 permohonan.

” Rumah Perakku meliputi tiga jenis rumah iaitu rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik.

” Rumah kos rendah menawarkan harga RM 70,000 ( bagi kawasan Daerah) dan RM90,000 (Bandar), kos sederhana rendah RM 150,000 (Daerah) dan RM 180,00 (Bandar) manakala rumah mampu milik ditawarkan dengan harga RM250,00 ke bawah.

” Permohonan ini dibuka kepada semua kaum di Perak yang memenuhi syarat kelayakan dan sehingga kini sebanyak 4,024 unit rumah kos rendah, kos sederhana dan rumah mampu milik sedang dibangunkan di beberapa lokasi di negeri ini. ” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada peserta Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Raja Bashah 2,Kuala Kurau di sini hari ini.

Hadir sama Pegerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerajaan Tempatan,Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong.

Tambahnya, sebanyak 60 daripada 62 unit rumah kos rendah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Raja Bashah 2 di Kuala Kurau akan diserahkan kepada penduduk.

Tambahnya lagi projek bernilai RM3.8 juta termasuk kos infra sebanyak RM1.4 juta itu mula dibina pada 16 Januari tahun ini dan siap pada 9 Julai lalu manakala baki dua buah rumah lagi kini dalam fasa pembinaan.

” Projek ini dibina sebagai penempatan semula setinggan yang asalnya merupakan perkampungan nelayan tepi sungai yang terancam oleh hakisan.

” Rumah ini mempunyai tiga bilik tidur, satu bilik air dan satu tandas berkeluasan 758 kaki persegi dan dibina secara pasang siap menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

” Harga yang ditawarkan kepada pemohon adalah RM 45,000 dan mereka yang terpilih dikehendaki membayar sewa bulanan RM150 bagi tempoh 25 tahun,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");