Berita Hari Ini

Netizen Simpati Pada Tun M, Bidas Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan Perdana Menteri dalam isu berkaitan GRAB menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen melahirkan simpati terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad malah berpandangan, sikap negatif segelintir pemandu teksi menjadi punca kepada pelanggan beralih kepada perkhidmatan GRAB.

Sehingga jam enam petang ini, berita bertajuk ‘Dr Mahathir sedia letak jawatan, kesal sikap biadab pemandu teksi’ di Facebook Berita Harian Online menerima 23,000 tanda suka dengan lebih 2,300 berkongsi artikel berkenaan.

Antara berkongsi pandangan, Amru Izzad yang menyatakan: “Ini bukan masalah grab curi pelanggan teksi. Tapi pelanggan memang mencari grab dibanding teksi. Tak usah la asyik bersikap menyalahkan orang. Cermin dulu diri tuh. Kenapa ramai lari berarah ke grab. Sebab grab lebih telus dibanding teksi. Ko soh la nenteri buat apa pun selagi pemandu teksi tak amanah menekan pelanggan dengan charge berlebihan selagi tuh la teksi takkan ke mana. Dunia dah berubah & cara pengangkutan awam pun dah berubah. So kalau rasa teksi tak menguntungkan kenapa tak beralih ke Grab? Sebab diri sendiri malas nak berubah tapi keep blame others,”.

Bagi Md Jauhari, pula “Driver teksi yg x nak berubah bos… Kat kl ni ada je greb texsi yg pakai apps dalam masa sama dia orang blh ambik rider luar apps macam texsi biasa… Siapa yg follow untung la…. Dua2 blh sapu… Tapi kebanyakan x mahu berubah lebih selesa sebot harga kat mulot je hemmmm,”.

Manakala Pedro Aming Chai Carlo berpandangan ‘Grab d sambut baik oleh masyarakat umum…. kerna dapat membantu meringankan beban…. berbanding tambang teksi yang agak mahal… sepatutnya pihak teksi mengambik alternative lain untuk bersaing dalam dunia perniagaan sekarang ini…. ini kehendak rakyat dan bukan nya kehendak kerajaan…. rakyat yang mau kan nya… klo pihak teksi ingin kekal dalam dunia perniagaan… sahut cabaran dan ubah sistem….. itu jalan yg terbaik.. bukan asyik menyalahkan pihak lain,”.

Pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi, Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Sebelum itu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi, mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan, sedangkan Dr Mahathir berkata, GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");