Berita Hari Ini

Pemandu Teksi Demo Depan Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA: Pemandu teksi mengadakan perhimpunan di hadapan Kementerian Kewangan Putrajaya pagi ini bagi menyerahkan memo bantahan terhadap kenyataan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua berhubung cadangan Grab untuk perkhidmatan pengangkutan perantara ke stesen MRT.

Mereka menuntut untuk bersemuka dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam tempoh 24 jam.

Wakil menteri, setiausaha bahagian komunikasi korporat kementerian Suhaili Ahmad, tampil bertemu kumpulan itu.

Penganjur perhimpunan Shamsubahrin Ismail, yang juga pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, kelihatan meminta alamat e-mel untuk menghantar surat rasmi permohonan bertemu Lim.

Shamsubahrin kemudian terus menghantar undangan itu.

“Saya sudah hantar surat khas kepada menteri supaya pertemuan boleh diadakan dalam tempoh 24 jam susulan isu yang ditimbulkan (setiausaha politik menteri) Tony Pua,” katanya kepada MKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");