Perak Hari Ini

PPPKM Perak Harap Kerajaan Nilai Semula Arahan Larangan Merokok Di Warung, Premis Makanan

IPOH: Kerajaan Persekutuan diminta menilai semula arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan yang mewartakan semua restoran dan premis makanan termasuk warung di seluruh negara, sebagai kawasan larangan merokok.

Yang DiPertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Perak, Asmadi Teh berkata, ekoran larangan tersebut pihaknya bimbang ianya akan menjejaskan perusahaan peniaga-peniaga kecil.

“Kita cadangkan, jika di kawasan tersebut, dapat dikhaskan satu tempat yang dibenarkan untuk merokok. Jika dilihat, kebanyakkan pelanggan terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat.

“Saya berharap perkara tersebut dapat diperhalusi selain diberikan satu kawasan untuk perokok itu merokok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17 PPKM Perak di Hotel Syuen, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Gabungan PPPKM Kebangsaan, Datuk Rambli Norani.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, Asmadi berharap agar kerajaan persekutuan dapat terus memberikan sokongan dan bantuan kepada peniaga-peniaga kecil di Perak untuk mereka terus maju dalam perniagaan masing-masing.

Mengulas lanjut tentang perkara tersebut kepada pemberita, beliau berkata jika penyaluran bantuan tidak berlaku besar kemungkinan para peniaga kecil bakal menghadapi masalah-masalah tertentu.

“Seperti sebelum ini, kita mendapat bantuan-bantuan seperti peruntukan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunna (KPDNHEP), yang menyalurkan sumbangan berjumlah RM1,000 hingga RM5,000 untuk peniaga kita berniaga di pasar malam dan Bazar Ramadan.

“Kita berharap ia akan dapat diteruskan kerajaan, dalam memberi kemudahan kepada penjaja yang berniaga dalam kawasan yang telah ditetapkan Majlis Perbandaran mahupun Majlis Daerah,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");