Perak Hari Ini

Program Jom Hiking Bukit Larut Dapat Sambutan!

TAIPING:Lebih 600 peserta telah mengambil bahagian dalam Program Jom Hiking ke Bukit Larut pada Ahad lalu anjuran Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Setiausaha Perbandaran Taiping, Borhan Abdul Halim berkata peserta bukan sahaja dikalangan penduduk sekirar Taiping namun turut melibatkan penyertaan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Katanya peserta-peserta yang datang seawal jam 6 pagi diminta untuk mendaftar dan menandatangani Borang Pelepasan Tanggung jawab (Indemnity Form) sebelum berlepas.

“Laluan yang digunakan ialah jalan tar sejauh kira-kira 10 kilometer dari kaki bukit sehingga ke stesen landrover.

“Seramai 300 orang telah berjaya menghabiskan hiking hingga 10 km sementara yang lain memilih untuk berjalan santai hingga 3 km atau 5 km sebelum turun,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Menurut salah seorang peserta program tersebut ketahanan mental dan fizikalnya diuji apabila perlu menawan Bukit tersebut.

“Walaupun saya mampu berlari laju sejauh 15km tetapi tercungap-cungap jugak nak habiskan 10km ke Bukit Larut.

“Jangan pandang rendah pada Bukit Larut yang mencabar ketahanan fizikal dan mental seseorang walaupun melalui jalan tar”,katanya.

Para peserta turut mengakui berasa kagum dengan suasana di Bukit Larut yang berkabus dan diperindahkan dengan lanskap 5,000 pelbagai spesis pokok-pokok bunga pelbagai warna.

Terdahulu, program anjuran MPT ini bertujuan untuk mempromosikan Bukit Larut sebagai destinasi pelancongan santai dan menjadikan ‘hiking’ sebagai salah satu cara untuk sampai ke puncak selain menaiki pacuan empat roda.

Bukit Larut telah diserahkan kepada pengurusan MPT oleh Pejabat Daerah Larut Matang pada 1 Januari 2016 dan sehingga kini terdapat kira-kira lapan landrover yang berfungsi sebagai pengangkutan untuk mengangkut penumpang naik dan turun setiap hari.

Malah terdapat lima banglo penginapan dibuka untuk disewa oleh pengunjung di mana tiga daripadanya diurus oleh MPT sementara dua lagi diurus oleh pihak swasta.

Suasana Bukit Larut yang berkabus dan sejuk serta keadaan yang jauh dari pencemaran dapat menghilangkan rasa penat setelah ‘hiking’ dan mewujudkan masa berkualiti bersama keluarga.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");