Berita Hari Ini

PTPTN Tawar Bantuan Untuk Anak Anggota Bomba

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan bantuan kepada anak enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja, kelmarin.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, berkata bantuan diberikan sebaik pegawai PTPTN bertemu dengan keluarga mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Katanya, bantuan diberikan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

”PTPTN berbesar hati untuk membukakan akaun SSPN untuk setiap seorang anak mangsa selepas semua maklumat berhubung mereka diperoleh dalam waktu terdekat,” katanya pada sidang media selepas perasmian Minggu Menabung SSPN 2018, di sini, lapor BH Online.

Wan Saiful berkata, melalui tabung SSPN itu juga, PTPTN akan membuka ruang kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada anak mangsa bagi tujuan pendidikan mereka pada masa depan.

“Bantuan itu bukan saja meringankan beban keluarga mangsa tetapi sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbanan enam anggota bomba yang terkorban ketika misi selamatkan mangsa lemas,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, enam anggota PPDA iaitu empat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim,32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dari BBP Shah Alam lemas ketika operasi mencari dan menyelamat Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam, 17, yang hilang di lombong tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");