Panasnya Hari Ini

Calon Pas Cabar Anwar Berdebat

PORT DICKSON – Calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung isu veteran tentera yang tidak mendapat pembelaan kerajaan.

Beliau meminta pihak media supaya menyampaikan cabaran tersebut dan bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson ketika ini.

“Saya cabar beliau berdebat supaya rakyat tahu yang mana benar dan palsu. Banyak hak veteran yang dinafikan sejak mereka mula berkhidmat dalam tentera lagi,” katanya semasa berucap dalam ceramah kelompok Pas di Kampung Sawah, Chuah di sini malam tadi, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Dalam pada itu, Mohd. Nazari berkata, Anwar telah menyalahgunakan keistimewaan dan kemudahan kerajaan untuk berkempen dalam satu majlis di kem tentera di Port Dickson semalam.

Ujarnya, Presiden PKR itu juga telah berucap dalam majlis berkenaan selama kira-kira 30 minit sedangkan beliau tidak berada dalam senarai untuk berbuat demikian.

“Dia kata masuk ke kem kononnya atas jemputan Menteri Besar Negeri Sembilan tapi kita tahu itu taktik lama. Dia satu-satunya daripada tujuh calon yang boleh masuk kem tentera, yang lain tak boleh.

“Dia nama besar dalam politik tetapi gunakan cara salah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Hilang hormat saya kepadanya selama ini. Kalau jantan sama jantan, kita lawan, bukan salah guna kuasa dan peraturan,” katanya

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya supaya mengambil tindakan kerana terbukti Anwar melakukan kesalahan semasa berkempen dan ia turut menimbulkan rasa tidak puas hati calon-calon lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");