Panasnya Hari Ini

Salah Laku PRU14: Belum Masa Tubuh Tribunal, RCI

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan masih belum ada keperluan penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku semasa PRU14 yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemendekkan tempoh khidmat lima ahli SPR telah pun dilaksanakan baru-baru ini.

“Berdasarkan perkembangan terkini mengenai peletakan jawatan ahli SPR, isu penubuhan tribunal adalah tidak berbangkit lagi.

“Mengenai penubuhan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini, saya rasa buat setakat ini belum sampai masa lagi untuk mengendalikan isu yang diuruskan mahkamah,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini lapor Sinar Harian.

Namun Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang membangkitkan soal penubuhan tribunal itu menyifatkan perkembangan itu tidak menyelesaikan isu-isu salah laku yang telah berlaku pada PRU14.

“Walaupun ahli SPR kata nak letak jawatan ini tidak selesaikan isu utama terhadap akauntabiliti yang berlaku dalam PRU14, Borang 14, pengundi hantu, persempadanan semula. Jika tak ada tribunal, bolehkah kerajaan tubuh RCI supaya kesalahan boleh diambil tindakan,” katanya ketika membangkitkan soalan tambahan.

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata beliau percaya Pengerusi SPR yang baharu, Azhar Azizan akan melakukan penambahbaikam ke atas badan itu.

“Pada masa ini sedang menjalankan satu proses pembaharuan. Saya percaya beliau akan tambah baik SPR dan selesaikan masalah dulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata isu yang dibangkitkan Poay Tiong telah pun dibincangkan dan dibahaskan.

“Malah sebahagian isu tentang Borang 14 telah pun jadi alasan dalam petisyen pilihan raya yang dimasukkan ke mahkamah. Mahkamah telah buat keputusan terhadap salah laku tersebut.

“Saya difahamkan kebanyakan petisyen itu ada yang didengar dan ada yang ditolak. Saya yakin isu yang terlibat dgn salah laku ini akan dapat ditangani pengerusi baharu SPR dan ahli baharu yang akan dilantik,” katanya.

Beliau sempat menjamin walaupun Azhar seorang aktivis politik bakal dapat melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab supaya isu salah laku lama tidak berulang lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");