Perak Hari Ini

“Bukan Mesej WhatsApp Daripada Saya”- Hasnul

IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (Pafa) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim menafikan mesej perbualan yang tular seolah mempermainkan penyokong Perak untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober ini.

Mesej aplikasi WhatApps tersebut dilihat seolah-olah miliknya sedang menjawab pertanyaan seorang individu mengenai kesahihan kemudahan bas percuma kepada penyokong pasukan The Bos Gaurus sekiranya pasukan itu menepati ramalan layak ke final Piala Malaysia.

Bagaimanapun mesej tersebut dibalas dengan jawapan yang tidak munasabah.

Hasnul dalam satu kenyataan ringkas di Facebook miliknya menafikan perbualan WhatsApp tersebut dan menyifatkannya satu fitnah.

“Fitnah yang sedang ditularkan. Ini bukan WhatsApp daripada saya. Saya tidak tahu apa faedah dan motif individu yang melakukan perbuatan ini,” katanya.

Terdahulu mesej tersebut tersebar dan tular di media sosial hingga mendapat pelbagai komen daripada orang ramai.

Pafa terdahulu menawarkan habuan kemudahan sepuluh bas berserta tiket percuma kepada penyokong pasukan The Bos Gaurus sekiranya pasukan itu menepati ramalan layak ke final Piala Malaysia.

Hasnul berkata, habuan itu ditawarkan Pafa bagi menggalakkan kehadiran lebih ramai penyokong skuad Perak ke perlawanan final Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober ini memetik laporan Sinar Harian.

Menurutnya, sebahagian besar kemudahan bas dan tiket percuma kepada penyokong akan diagih-agihkan di beberapa daerah termasuk Kerian dan Kuala Kangsar dan pihaknya turut berusaha mendapatkan tajaan tambahan daripada mana-mana pihak berminat untuk penyediaan lebih banyak kemudahan percuma kepada penyokong setia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");