Membawang Hari Ini

Saleem Iklim Meninggal Dunia Selepas Sebulan Kemalangan

PETALING JAYA: Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi Ahad.

Memetik mStar Online, berita sedih itu disahkan oleh anak tirinya, Gee Fakhira yang meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, cedera parah dalam satu kemalangan pada 12 September lalu di Bandar Mahkota Cheras.

Motosikal ditunggangnya dikatakan melanggar kereta ketika keluar rumah untuk ke kedai berdekatan menyebabkan 12 tulang rusuk patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru.

Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital Kajang dalam keadaan koma sebelum dipindahkan ke PPUKM untuk rawatan lanjut.

Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Salah seorang anaknya bagi perkahwinan pertama iaitu Syafiq Farhain juga seorang artis.

Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn Cheras selepas solat Zohor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");