Perak Hari Ini

SOPMA Buka Tirai Hari Ini

ULU KINTA – Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) telah membuka tirainya secara rasmi pada hari ini.

Seramai 2500 atlet dan pegawai iringan setiap kontinjen akan berkampung di negeri Perak selama satu minggu.

SOPMA telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, Howard Lee Chuan How di Institut Latihan Kementrian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta dengan upacara pembukaan yang memperlihatkan para kontinjen berarak masuk ke dalam Dewan Sri Perdana dan diakhiri dengan perarakan masuk kontinjen dari negeri Perak.

Buat pertama kalinya penganjuran SOPMA, malah lagu rasmi SOPMA telah dicipta dan diperdengarkan kepada penonton yang hadir hari ini.

Sebanyak 5 acara dipertandingkan menerusi sukan bola sepak, badminton, olahraga, renang dan futsal.

Howard mewakili Kerajaan negeri semasa ucapan perasmian turut mengalu-alukan kehadiran peserta orang pekak seluruh Malaysia datang ke negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");