Perak Hari Ini

Sopma:”Sasaran Pingat Nanti Dulu”

IPOH:Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang sasaran pingat emas yang bakal diraih oleh kontinjen Perak pada Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) yang membuka tirainya hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Modal Insan Negeri, Howard Lee Chuan How sebaliknya berkata sasaran perlu dinilai menerusi acara yang bakal dipertandingkan berbanding terus meletakkan harapan bagi meraih pingat.

“Saya yakin Kontinjen Perak akan membuat yang terbaik dan mencapai kejayaan lebih baik.

“Sasaran tak perlu dibicarakan pada peringkat ini biar esok kita mulakan pertandingan dan nilai berpandukan acara yang bakal berlangsung,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Sopma 2018 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah hari ini.

Terdahulu sebanyak lima acara akan bermula dari 15 hingga 20 Oktober iaitu bola sepak, futsal, tenpin boling, badminton dan olahraga yang bakal berlangsung di sekitar venue acara bertempat di sekitar Bandaraya Ipoh.

Seramai 2,500 atlet dan pegawai pengiring dari setiap kontinjen negeri akan berkampung di Perak selaku tuan rumah untuk edisi ke-20 bagi tahun ini.

“Penganjuran Sopma merupakan satu kebanggaan bagi negeri Perak kerana diberikan peluang menunjukkan keperhatinan kita bahawa sukan adalah usaha menyatukan semua dan untuk semua tanpa mengira cabaran komunikasi,” katanya.

 

Sementara itu Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia, Kamarulzaman Harun berharap akan ada lebih ramai pihak yang sudi memberi sumbangan kepada pihak persatuan bagi membolehkan atlet yang terpilih mewakili negara bertanding ke peringkat antarabangsa.

“Kita sangat memerlukan dana untuk menghantar para atlet ke peringkat antarabangsa dan kita kekurangan dana sekitar RM100,000 lagi,” katanya.

Malah katanya berbeza bagi pengajuran Sopma di Perak sebanyak 46 pingat emas akan dipertandingkan berbanding pengajuran di Sarawak dengan penambahan satu acara iaitu futsal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");