Berita Hari Ini

Zionis Bunuh Kanak-kanak, Lelaki Palestin

GAZA: Tentera Israel membunuh dua penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak dalam tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Israel – Gaza, semalam dan mencederakan sekurang-kurangnya 126 mangsa lain.

Memetik laporan BH Online, Tentera Israel berkata, ia mempertahankan diri daripada penunjuk perasaan yang membaling bom tangan dan bahan letupan ke arah anggotanya.

Ribuan penduduk Palestin berhimpun untuk tunjuk perasaan minggu berhampiran pagar sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza yang dikuasai kumpulan Islam Hamas.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang lelaki 24 tahun ditembak mati tentera Israel. Sekurang-kurangnya 126 orang cedera akibat peluru, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");