Perak Hari Ini

116 Pelajar Sekolah Menengah Positif Dadah

IPOH:Seramai 116 orang atau 4 peratus remaja di Perak yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah didapati positif dadah.

Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyaraka,Wong May Ing berkata sehingga 30 September 2018 daripada jumlah tersebut empat orang didapati positif dadah jenis opiat, 30 orang positif dadah jenis ganja dan selebihnya seramai 82 orang positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya kesemua mereka adalah pelajar lelaki.

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan telah melaksanakan ujian saringan urin terhadap seramai 3002 orang pelajar sekolah menengah bagi mengesan penglibatan mereka dalam penangihan dadah,” katanya menjawab soalan lisan yang diajukan Adun Ayer Kuning (BN) Datuk Samsudin Abu Hassan pada sesi persidangan ketiga Mesyuarat Ketiga penggal pertama Dewan Negeri yang keempat belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri menerusi AADK telah meneruskan ujian urin bagi mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja negeri ini dan intervensi awal bagi mereka yang berisiko tinggi untuk terlibat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

“Melalui teras program Institusi Pendidikan Bebas Dadah sebanyak 23 program utama telah dilaksanakan iaitu 9 kali Kem PINTAR (Program Intelek Asuhan Rohani) iaitu program pengukuhan kemahiran dan sahsiah diri kepada pelajar sekolah rendah manakala bagi belia sebanyak 9 program Kem SMART telah dilaksanakan sehingga kini bagi tahun 2018.

“Program kesedaran awam seperti ceramah dan pameran juga dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memberikan maklumat serta kesedaran mengenai bahaya dadah kepada kumpulan sasar malah melalui kempen media sosial,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");