Perak Hari Ini

94 Pemohon Terima Pembaharuan Tempoh Pajakan Tanah

MENGLEMBU – Seramai 94 orang pemohon telah menerima pembaharuan tempoh pajakan tanah Kampung Baru, tidak melebihi 99 tahun di Mukim Hulu Kinta, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebanyak 711 permohonan pembaharuan pajakan Kampung Baru telah diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta bermula dari tahun 2016 hingga 2018.

“Sebanyak 211 permohonan telah selesai dikeluarkan hak milik dan 94 daripadanya telah disenarai pendek sebagai penerima hari ini.

“Tiada satu pun permohonan pembaharuan pajakan yang ditolak oleh kerajaan negeri tanpa alasan yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada majlis penyampaikan hak milik bagi kelulusan permohonan pembaharuan tempoh pajakan Kampung Baru di Mukim Hulu Kinta, di sini, hari ini.

Yang turut Hadir Pengarah Jabatan Tanah dan Galian, Datuk Rumaizi Baharin, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir. Ahmad Anuar Othman dan Pegawai Daerah Kinta Halizah Sipun

Dalam pada itu, tambah Ahmad Faizal, kerajaan negeri begitu komited untuk meringankan beban rakyat berikutan pemberian 80% diskaun daripada kadar premium yang ditetapkan.

“Sesungguhnya kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap kesejahteraan masyarakat tidak kira di bandar mahupun luar bandar.

“Saya memberi jaminan bahawa pimpinan kerajaan negeri dibawah kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sewenang-wenangnya menolak permohonan tersebut bagi memastikan rakyat terus memiliki tanah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");