Jenayah

ATM Rampas 143 Kilogram Daun Ketum

PADANG TERAP: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan seorang remaja lelaki selepas dipercayai menyeludup 143 kilogram (kg) daun ketum bernilai hampir RM13,000 berhampiran Pos Sehara, hari ini.

Panglima Enam Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, remaja warga Thailand berusia 18 tahun itu ditahan pasukan 2 Rejimen Sempadan (2RS) ketika menunggang motosikal bersama dua lagi rakan sedang menuju ke arah sempadan pada jam 5 pagi.

“Semasa rondaan yang diketuai oleh Koperal Zulkifly Ahmad, mereka ternampak tiga orang awam sedang menaiki motosikal menuju ke arah sempadan dalam keadaan mencurigakan.

“Tanpa membuang masa pasukan rondaan terbabit melakukan serbuan, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal melarikan diri ke kawasan semak manakala remaja terbabit yang menunggang bersendirian berjaya ditahan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat enam guni daun ketum yang siap diikat diangkut menggunakan dua motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, daun ketum berkenaan dipercayai akan diseludup ke negara jiran berikutan harga dan permintaan yang tinggi di sana.

Katanya, selain daun ketum, pihaknya turut merampas dua buah motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha Spark untuk tindakan lanjut lapor NSTP.

“Remaja terbabit yang merupakan pembantu kedai makan di sini bersama barang yang dirampas kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");