Jenayah

Polis cari saksi, anggota DBKL bantu mangsa tayar basikal

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan saksi dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membantu membawa seorang remaja lelaki yang cedera di kepala akibat terkena tayar basikal yang dibaling dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi tersebut mangsa, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 19, nyaris maut akibat terkena objek terbabit yang dipercayai dibuang dari blok 41 PPR terbabit.

Katanya, mangsa yang ketika itu sedang berada di bahagian meletak motosikal blok tersebut terus terbaring dan hampir pengsan sebelum dibantu anggota DBKL yang berada di kawasan terbabit.

“Anggota DBKL itu turut membawa barang yang telah di buang dari Blok 41 dan barang tersebut adalah fork basikal bersama tayar.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan mendapat 15 jahitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");