Perak Hari Ini

Bantuan Khas RM2,000 Untuk Penjawat Awam

IPOH: Kerajaan negeri dalam pembentangan Belanjawan Perak 2019 mencadangkan pemberian Bantuan Khas kewangan sebulan gaji ataupun nilai minimum RM2,000 kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka dalam menjalankan tanggungjawab.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembayaran bantuan tersebut akan dilaksanakan pada akhir Disember ini dan seterusnya pada Mei 2019.

Katanya lagi, selain bantun kepada hampir 9,000 orang penjawat awam, kerajaan negeri turut akan memberi bantuan insentif khas yang memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada golongan pesara kerajaan.

“Bantuan Khas Kewangan juga akan dipanjangkan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Guru Tadika Islam Jaipk, Guru Kafa, Guru Thanawi, Guru Takmir, Guru I’dadi, Imam, Bilal, Siak, Ketua Kampung dan Tok Batin.

“Kesemua golongan tersebut bakal menerima manfaat menerusi bayaran Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 dan pembayaran pertama akan dilaksanakan pada akhir Disember 2018 dan bakinya pula akan disempurnakan pada Mei 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak 2019, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga bakal menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk program Pembangunan Modal Insan (PPMI) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjawat awam di Perak.

Pada masa sama, Ahmad Faizal dalam belanjawan tersebut itu berkata, kerajaan negeri juga akan menaikkan peruntukan bagi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada RM50,000 setahun kepada RM60,000 setahun, bermula pada tahun hadapan.

Jelasnya kenaikan peruntukan tersebut juga turut akan diagihkan kepada Pusat-Pusat Khidmat DUN pembangkang di seluruh negeri.

“Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkemaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di semua Pusat Khidmat DUN. Maka sejumlah RM3.54 juta disediakan bagi maksud ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");