Sukan Hari Ini

Benarkah MB Dah Nasihatkan Hasnul Letak Jawatan PAFA?

Kemenangan skuad The Bos Gaurus dalam piala Malaysia baru-baru ini nampaknya hanya dipalitkan kontroversi disebabkan sikap Presiden PAFA yang seolah-olah syok sendiri dengan piala tersebut.

Walaupun sejak pemilihan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Presiden PAFA, pelbagai keputusan yang dibuat ahli politik itu begitu mengecewakan penyokong Bola Sepak Perak.

Selepas penyokong Perak kecewa dengan penamatan Ahmad Shahrul Azhar sebagai Setiausaha Kehormat Pafa, kali ini ada lagi kontroversi yang dibuat Hasnul.

Ape ke cerodek beno letak piala celah kangkang!! Penat player main sampai menang, Presiden dok letak situ pula piala nya!!

Itu antara luahan penyokong tegar Bola Sepak Perak yang rata-ratanya mahu Hasnul meletakkan jawatan beliau selaku Presiden.

Ada diantara mereka yang menganggap Hasnul tidak menghargai barisan pemain Perak. Selepas penantian yang begitu lama nak julang piala, tapi akhirnya ini yang pemain dan penyokong dapat. Apa yang penyokong mahukan adalah meraikan kemenangan itu bersama jurulatih dan pemain skuad The Bos Gaurus. Tapi nampak macam Hasnul yang dok hurung piala tu kesana kemari. Macam dia yang player pulak.

Dan maklumat terbaru, difahamkan dari sumber dalaman, MB Peja juga sudah menasihati Hasnul agar letak jawatan. Tapi Hasnul masih degil tak mahu lepas jawatan.

Dah menang bukan dapat nama baik tapi disebabkan perangai Hasnul yang syok sendiri dengan piala tu, hilang mood penyokong nak meraikan kemenangan tu.

Sekarang penyokong sudah mula mendesak Hasnul letak jawatan, dan memorandum desakan itu akan diserahkan kepada MB Peja nanti.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");