Perak Hari Ini

MB Seru Rakyat Terus Berhemah Terhadap Pelancong

IPOH: Rakyat negeri ini diseru agar sentiasa memberikan nilai hospitaliti terbaik kepada pelancong supaya ia mampu membantu usaha negeri ke arah memperkasakan industri pelancongan di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, rakyat mempunyai tanggungjawab besar kepada orang luar yang berkunjung ke negeri ini seperti senantiasa memberi layanan yang terbaik serta bersikap hemah.

Menjadikan Little India, di sini, sebagai contoh, katanya lagi, usaha sedemikian mampu menarik lebih ramai jumlah kedatangan pelancong ke destinasi pelancongan di Perak.

“Paling penting ialah kita mampu menjaga kebersihan. Jika dahulu Ipoh dikenali sebagai bandar terbersih, maka kita harus pastikan ia akan berterusan.

“Secara tidak langsung, lebih ramai pelacong akan datang ke negeri kita,” jelasnya.

Tambahnya, rakyat juga harus berbangga dengan produk-produk pelancongan yang ada di negeri ini seperti di Little India yang sememangnya dikenali di seluruh negara.

Ujar Ahmad Faizal, kepelbagian kaum dan sambutan perayaan yang sentiasa diraikan oleh setiap masyarakat tanpa mengira latar belakang masing-masing telah menjadikan negara ini unik berbanding yang lain.

Katanya lagi perkara sedemikian harus dikekalkan selain sentiasa dipupuk oleh segenap lapisan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kebudayaan Deepavali di Little India, di sini, malam tadi.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Ketua Penyelaras Unit Hal Ehwal Bukan Islam dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivasubramaniam serta Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.

Pada majlis yang dihadiri sekitar 2,000 orang itu, Menteri Besar turut berkesempatan mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada masyarakat India.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");