Perak Hari Ini

“Bila Nak Reda Isu Presiden Pafa?”

IPOH:Isu peletakan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim ternyata belum menemui titik noktahnya apabila barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengumumkan bahawa mereka menolak permohonan Hasnul untuk mengosongkan kerusinya.

Para penyokong rata-ratanya mulanya telah menerima baik keputusan perletakan jawatan Hasnul sebagai Presiden bagaimanapun ia kembali ‘hangat’ diperkatakan apabila barisan exco bertindak sedemikian semalam.

Terdahulu Naib Presiden merangkap pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad dalam satu sidang akhbar semalam berkata keputusan tersebut dicapai menerusi satu mesyuarat yang diadakan petang semalam, setelah EXCO menerima surat perletakkan jawatan oleh Hasnul pada hari yang sama.

Menerusi ruangan komen di Facebook Peraktoday berhubung berita tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berbentuk sokongan dan tidak kurang juga kritikan.

Malah ada penyokong tegar yang menyuarakan cadangan untuk memboikot semua perlawanan pasukan bolasepak Perak sekiranya exco Pafa mempertahankan keputusan mereka itu.

 

Salah seorang pengguna Facebook Rizal Abdullah turut menyokong cadangan memboikot perlawanan selain mencadangkan agar barisan exco Pafa mengadakan pertemuan dengan kelab-kelab penyokong pasukan Perak bagi mendapatkan pandangan mereka.

Selain itu ada penyokong yang menyifatkan keputusan itu hanya sebagai ‘gimik terancang’ dan menyifatkan Hasnul sekali lagi akan menarik semula keputusan perletakan jawatannya.

PAFA terdahulu memberikan tempoh 14 hari kepada Hasnul untuk beliau mempertimbangkan keputusan mesyuarat exco tersebut dan pihak exco akan bertemu dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sendiri bagi untuk membincangkan hala tuju dan masa depan badan induk tersebut.

Ada sebilangan pihak turut mengharapkan isu ini segera reda agar tidak memberi kesan kepada prestasi pasukan Bolasepak Perak untuk edisi akan datang.

Hasnul sendiri pada sidang media pada minggu lalu mengakui terguris hati dengan tindakan segelintir penyokong jadi adakah beliau bersedia ‘mental’ menerima kritikan lebih hebat sekiranya menarik balik keputusan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");