Berita Hari Ini

Malaysia Mohon Bantuan Rusia Senggara Jet Pejuang- Tun M

SINGAPURA – Malaysia memohon bantuan Rusia bagi menyenggara pesawat yang dibeli daripada Moscow, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

“Seperti yang anda maklum, kami telah membeli beberapa pesawat daripada Rusia dan saya berpendapat kami perlu mempelajari lebih banyak tentang cara untuk menyenggara dan membaiki pesawat berkenaan,” kata beliau semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia  Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di sini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperoleh tentang perkara itu kerana pihak media diminta beredar daripada pertemuan dua pemimpin berkenaan.

Malaysia diketahui ramai turut menggunakan kelengkapan pertahanan buatan Rusia.

Kementerian Pertahanan Malaysia mengendalikan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM dan MiG-29. Laporan sebelum ini menyebut bahawa terdapat beberapa isu berkaitan penyenggaraan dan perkhidmatan pesawat itu.

Menteri berkenaan, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata hanya empat daripada 18 jet Sukhoi yang layak terbang, manakala bakinya masih dalam pembaikan. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");