Berita Hari Ini

Dr Mahathir Kunjungi Masjid Hohola

PPORT MORESBY (Papua New Guinea): Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjungi Masjid Hohola di sini, hari ini, sebelum mengakhiri lawatan kerja dua hari di negara berkenaan.

Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam pembinaan masjid itu yang dibina pada awal 2000.

“Apa yang menarik, menurut masyarakat Islam di negara itu, tanah berkenaan pada mulanya ditawarkan kepada Dr Mahathir untuk tujuan pembinaan masjid pertama di Papua New Guinea.

“Bagaimanapun, Dr Mahathir dengan sikap rendah dirinya, tidak mahu masjid berkenaan dibina olehnya atau dinamakan atas nama beliau. Dr Mahathir kemudian mencadangkan supaya masjid itu dibina oleh masyarakat Islam di negara itu,” kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kepada media Malaysia ketika berkunjung ke masjid terbabit.

Saifuddin turut memberitahu, kerajaan Malaysia pada waktu itu menyumbangkan dana permulaan untuk pembinaan masjid berkenaan.

Dr Mahathir bagaimanapun menafikan sebarang sumbangan oleh dirinya dalam pembinaan masjid itu.

“Itu bukan projek kita. Ia disumbangkan oleh pelbagai organisasi Islam,” katanya.

Dr Mahathir berada di Papua New Guinea untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26, yang melabuhkan tirainya hari ini.

Kehadirannya di APEC mengimbau semula lawatan terakhir luar negara beliau (pada 2003) ketika menjadi Perdana Menteri terdahulu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");