Perak Hari Ini

Exco Bakal Usul Cadangan Peruntukan Bantu Usahawan Di Perak

IPOH:Kerajaan Negeri giat merangka pelbagai usaha bagi meningkatkan jumlah usahawan terdiri daripada golongan wanita dan belia berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata pihaknya akan cuba berusaha mendapatkan sejumlah peruntukan khusus dibawah pengurusannya.

“Setakat ini hanya ada peruntukan umum diletakkan dibawah Pejabat Menteri Besar dan saya cuba untuk mendapatkan peruntukan yang diletakkan dibawah portfolio keusahawanan,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) 2018 peringkat Negeri Perak.

Asmuni turut berhasrat bagi menyediakan tabung usahawan muda peringkat Negeri Perak yang akan dibentangkannya pada sesi pembentangan Bajet Negeri Perak 27 November ini.

“Jumlah peruntukan sedang dalam rundingan dan saya akan bentangkan pada sesi pembentang bajet negeri 27 November ini,” katanya.

Katanya lagi Kerajaan Negeri akan berpeluang memberikan modal permulaan kepada bakal usahawan dan usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Sekarang Skim Mikro kredit akan diletakkan dibawah kelolaan Yayasan Perak dan jumlahnya peruntukan serta terma pinjaman juga sedang dilakukan pengiraan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agensi terlibat seperti Mara dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk meningkatkan umur pengambilan usahawan terdiri daripada golongan belia yang berumur sekitar 30 tahun.

“Saya cadangkan agar tingkatkan umur pengambilan bukan sekitar 30 tahun kerana ramai belia di luar sana yang ada minat untuk berniaga tetapi tidak mengetahui apa yang bentuk perniagaan malah yang sudah terlibat pula tetapi tidak tahu mencari dana,” katanya.

Katanya pelbagai program diatur kerajaan seperti seminar keusahawanan dan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sejak ia diperkenalkan pada 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");