Berita Hari Ini

‘Hormati Tugas Mereka’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan semua pihak perlu menghormati penjawat awam yang diamanah untuk menjalankan tugas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau kesal dengan apa yang menimpa penjawat awam dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, baru-baru ini sehingga anggota bomba itu cedera parah.

“Memang saya berasa kesal sebab ini berlaku (anggota bomba diserang). Tidak ada apa-apa pun yang dia (penjawat awam) lakukan.

“Ini (Serangan terhadap penjawat awam) adalah jenayah serius dan teruk.

“Namun, apa yang kita mahu tekankan, janganlah serang penjawat awam yang menjalankan tugas. Tolong jangan (ganggu) atau kita kena lindungi penjawat awam atau sesiapa saja yang bekerja untuk orang awam terutama bomba,” katanya selepas menyampaikan ucapan perasmian Kongres Perancangan Nasional di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai insiden yang berlaku terhadap anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera ketika bertugas untuk memadamkan kebakaran akibat rusuhan diKuil Maha Mariamman, USJ25 dekat Subang Jaya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah memaklumkan beliau akan melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap supaya Muhammad Adib akan pulih dan sihat seperti sediakala sambil mendoakan supaya anggota bomba itu cepat sembuh.

“Sekarang Adib sedang berjuang untuk dirinya. Kita doakan,” katanya.

Media difahamkan, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke IJN hari ini jam 6 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");