Perak Hari Ini

Razarudin Galas tugas Selaku Pemangku Ketua Polis Perak

IPOH: Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid dilantik selaku Pemangku Ketua Polis Perak berkuatkuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas itu daripada Datuk Hasnan Hassan yang bersara wajib dan Majlis serah terima tugas itu telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Perak antara isteri Hasnan, Datin Zuraini Mohd Kamal kepada isteri Razarudin, Datin Zainah Othman, yang akan memangku tugas tersebut.

Hasnan yang sudah berkhidmat dalam polis sejak 1977, merupakan Ketua Polis Perak ke-28 pernah mengalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Perak seterusnya berkhidmat di negeri ini hampir empat tahun sejak tahun 2015.

Hasnan turut mengakui berbangga setelah diberikan peluang untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama hampir 42 tahun malah menjadi sebahagian besar dalam kehidupannya.

“Saya menyertai PDRM sejak tahun 1977 dan pernah berkhidmat di banyak jabatan, sesungguhnya saya berpuashati dengan perkhidmatan saya dalam PDRM dan berakhir di Negeri Perak.

“Saya memahami keadaan sekarang sulit untuk menjalankan tugas dalam era baru ini tetapi saya mendoakan PDRM akan terus berjaya dan sebagai orang awam akan terus membantu PDRM kelak,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi, berkata jasa Datuk Hasnan adalah sangat besar bagi Kontijen Polis Negeri Perak

“Beliau juga ada menggariskan dengan statisik jenayah yang menunjukkan penurunan yang konsisten serta berterusan terutama bagi tahun ini jenayah indeks telah menurun sekitar 5 peratus bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

“Keadaan keseluruhan keselamatan di negeri Perak adalah berada pada tahap terbaik ini adalah hasil kepimpinannya yang berkesan dalam menangani pelbagai isu,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi pihak PDRM sentiasa menghargai sumbangan besar diberikan Hasnan dan berharap beliau akan terus memberikan sumbangan dalam bentuk yang kepada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");