Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Lulus Bantuan RM30,000 Kepada Sekolah Pondok Bidayatul Hidayah

IPOH – Kerajaan negeri hari ini telah meluluskan perutukan sebanyak RM30,000 kepada sekolah pondok Bidayatul Hidayah, Kampung Gajah bagi pembinaan bangunan dan keperluan asas sekolah tersebut.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Asmuni Awi semasa beliau mengadakan lawatan ke sekolah pondok tersebut, hari ini.

Menerusi satu kenyataan, difahamkan mudir Sekolah Pondok Bidayatul Hidayah, Nor Zamani Mohd Nordin berkata sekolahnya itu kini telah beroperasi hampir setahun.

“Sekolah pondok ini beroperasi di atas sebidang tanah yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

“Terdapat kira-kira 30 orang pelajar di sini yang mana fokus pembelajarannya adalah berdasarkan kepada pembelajaran kitab Thurath,” katanya.

Selain itu, Nor Zamani berkata, sekolah tersebut, turut membuka peluang pengajian kepada umum, khususnya pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Sekolah ini juga akan menerima pelajar baharu iaitu dari kalangan warga emas yang mahu menuntut ilmu.

“Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada para pelajar yang ingin belajar di sekolah pondok ini,” katanya.

Tambah Nor Zamani lagi, sekolah tersebut merupakan satu-satunya sekolah pondok yang terdapat di Kampung Gajah selain turut mendapat respon serta sokongan positif daripada masyarakat setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");