Perak Hari Ini

Kerajaan Tidak Pernah Mengiktiraf LGBT

IPOH- Kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf serta memberi laluan kepada golongan LGBT seperti yang telah digembar-gemburkan.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Asmuni Awi menjawab soalan lisan berkaitan konsep ‘rahmatan lil alamin’ yang dikatakan telah disalah tafsir serta diambil kesempatan oleh golongan LGBT ini.

“Islam sendiri tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis seperti kisah Nabi Lut yang ditimpa bala kerana mengamalkan kehidupan yang songsang.

“Melalui potongan ayat ‘Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia’ ini adalah merujuk kepada konsep menyeru kebaikan kepada kebaikan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Jamaliah Zakaria (Barisan Nasional-Trong) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Asmuni, LGBT telah wujud sejak lama dahulu, namun, perkara ini mula disebarkan melalui media sosial sehingga perkara yang kecil menjadi besar kerana setiap orang mempunyai hak tersendiri untuk bercakap di media sosial tanpa batasan.

Mengulas kenyataan tersebut, jelas beliau terdapat undang-undang yang cukup di dalam kanun kesiksaan serta peruntukan di dalam Enakmen Jenayah Syariah 1992.

“Program Pencegahan Jenayah Syariah telah diteruskan dan ditambah baik malahan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sentiasa membuat rondaan di beberapa loksai ‘hotspot’.

“Malahan di peringkat pendidikan, beberapa program telah dilaksanakan kepada seluruh lapisan masyarakat berkaitan dengan implikasi serta hukuman jika undang-undang ini dilanggar,”katanya.

Jelas Asmuni lagi, beliau pelik jika LGBT boleh mengambil kesempatan terhadap konsep ‘rahmatan lil alamin’ dan percaya perkara ini boleh diatasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");