Berita Hari Ini

Lebih 100 Telefon Bimbit Pelanggan Hangus

KUALA NERUS: “Saya risau memikirkan cara bagaimana mahu menggantikan semula lebih 100 telefon bimbit pelanggan yang sudah siap dibaiki selepas kedai saya terbakar,” kata Ahmad Ikhwan Ghani pemilik kedai menjual dan membaiki telefon bimbit di Taman Permint Perdana dekat Kampung Batin, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam tadi, Ahmad Ikhwan menanggung kerugian hampir RM50,000 selepas premis yang disewanya sejak enam tahun lalu terbakar.

Menurutnya, dia baharu sahaja menutup kedainya sebelum menerima panggilan daripada jiran memaklumkan kebakaran itu.

“Ketika itu, saya minum di kedai berhampiran yang terletak kira-kira 200 meter dari kedai dan saya bergegas ke kedai sebaik dimaklumkan kebakaran itu.

“Sebaik sampai, api sedang marak menyebabkan saya tidak berani masuk ke dalam premis mengambil telefon bimbit yang ada termasuk lebih 100 telefon bimbit milik pelanggan kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

“Runsing sebenarnya memikirkan telefon bimbit pelanggan yang musnah dalam kebakaran ini apatah lagi sepatutnya esok (hari ini) ada antara mereka akan mengambil telefon bimbit yang dihantar sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Pegawai Operasi Zon 1 Terengganu, Penolong Penguasa Bomba Zull Azman Jamaludin, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada jam 10.53 malam.

Katanya, seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran lapor BH.

“Sebaik tiba, kebakaran membabitkan dua premis iaitu kedai menjual dan membaiki alat telekomunikasi serta sebuah pejabat kosong yang sudah terbakar hampir 20 peratus.

“Kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.17 malam manakala api berjaya dipadam sepenuhnya selepas sembilan minit kemudian.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dengan punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");