Perak Hari Ini

MB Perak Tak Menolak Jadi Calon Presiden Pafa

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak menolak sekiranya namanya dicalonkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebagai presiden baharu badan induk itu.

Malah katanya, sesiapa sahaja yang dilantik mengalas tugas itu fokus utama adalah untuk mengekalkan momentum kejayaan dan kualiti bola sepak negeri terus dipertingkatkan.

“Jika bagi menyelesaikan masalah, perlu bergambil alih dan memastikan momentum itu berlaku saya bersedia tetapi jika exco Pafa merasakan saya akan merosakkan kualiti bola sepak saya serahkan kepada pihak yang lebih arif, jika mereka fikir saya sesuai mengetuai Pafa saya beri komitmen memastikan pasukan Perak di tempat tertinggi,” katanya pada satu sidang media hari ini pada Persidangan Kedua Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak yang berlangsung hari ini.

Katanya sekiranya jawatan presiden digalas oleh Menteri Besar Perak pastinya lebih memudahkan penyaluran kemudahan kepada pasukan bolasepak kelak.

“Saya ada berjumpa dengan rakan gabungan semuanya kata saya sesuai dijadikan presiden tetapi mereka bukan mahu Ahmad Faizal Azumu jadi presiden tetapi menteri besar Perak jadi presiden jadi mudah mereka mendapatkan pelbagai kemudahan saya faham.

“Menteri Besar Perak sebagai presiden saya fikirkan ada benarnya, jadi saya sedia,” katanya.

Katanya pada 6 Disember akan berlangsung kongres EGM khas bagi perbincangan mengenai pemilihan presiden dan sekiranya namanya dicalonkan beliau mengakui tidak menolak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");