Perak Hari Ini

Mufti Perak Gesa Kerajaan Tolak Ratifikasi ICERD

IPOH: Pihak kerajaan digesa untuk tidak mengendahkan cadangan mahupun desakan pihak-pihak tertentu yang mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata jika perkara itu dibiarkan untuk dipolemikkan atas apa-apa tujuan, ia bakal mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat selain turut bakal menyebabkan perpecahan kaum.

“Saya mendesak agar pihak kerajaan yang dipertanggungjawabkan memelihara amanah ummah ini agar dapat mempertahankan keluhuran perlembagaan yang telah disepakati sejak lebih 50 tahun lalu.

“Adalah menjadi suatu keperluan bagi rakyat dalam negara ini yang telah mengecapi kemakmuran mempertahankan kedaulatan negara ini, daripada sebarang anasir dalaman dan luaran yang berhasrat mengganggu-gugat keamanan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, cadangan ratifikasi ICERD terhadap negara ini bakal menafikan ‘kontrak sosial’ yang sudah lama dipersetujui antara kaum di Malaysia semenjak ia mencapai kemerdekaan lagi.

Jelasnya, kesepatakan terhadap kontrak sosial itu telah melahirkan kejayaan setiap kaum dan etnik di Malaysia dalam memainkan pernanan masing-masing bagi memajukan negara ini.

Tambahnya, perkara tersebut juga telah berjaya ditonjolkan dan ianya hasil daripada perpaduan kaum yang disemai dan dimeterai dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Peranan Bumiputera Melayu Islam sebagai penduduk asal di negara ini diperakui berasaskan catatan sejarah sebagai satu bangsa yang sentiasa menyanjung tinggi nilai toleransi dan kesantunan bermasyarakat.

“Di samping itu, sikap menolak diskriminasi terhadap kaum-kaum lain dengan menerima dengan hati yang ikhlas terhadap kedatangan mereka ke negara ini adalah sebagai bukti layanan yang terhasil daripada nilai dan budi kaum Bumiputera Melayu Islam,” katanya.

Tambah Harussani, sesuatu yang tidak boleh disangkal bahawa hasil daripada sikap toleransi tersebut, maka adalah wajar kedudukan Agama Islam dan ketuanan Melayu seperti yang telah disepakati terutamanya Perkara 3(1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya dipertikaikan dan dicabar.

“Hal berkenaan sudah disepakati secara bersama dan bijaksana oleh pemimpin terdahulu dengan mengambil kira kepentingan semua kaum,” katannya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");