Perak Hari Ini

Penerima Anugerah Keluarga Mithali Kongsi Rahsia Bentuk Keluarga Bahagia

TAIPING:Empat prinsip utama dipegang penerima anugerah Keluarga Mithali, Harun Othman 83 tahun telah mendorongnya mendidik 10 orang anak sehingga berjaya.

Katanya, bagi melahirkan sebuah keluarga bahagia antara perkara yang harus diutamakan adalah amalan dan ibadat tidak boleh ditinggalkan serta sikap hormat menghormati terhadap semua masyarakat.

“Saya cukup gembira dan bersyukur diberi anugerah ini, saya menempuh pelbagai ujian dalam kehidupan dan empat perkara yang saya utamakan seperti amal ibadat jangan ditinggalkan dan hormat menghormati semua masyarakat.

“Jika kita tidak menghormati orang lain, bagaimana orang lain pula mahu menghormati kita malah saya juga sentiasa berdoa kepada tuhan dan berserah dalam mendidik 10 orang anak-anak saya sehingga berjaya,” katanya ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Harun Othman yang merupakan Guru Agama dan Imam menerima anugerah tersebut bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 2018 (1440 hijrah) di Dewan Besar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTED) Kamunting hari ini.

Majlis sambutan kali ini disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Turut berangkat sama Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Asyikin Mohd Radzi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin serta barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Majlis sambutan dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran dan doa serta selawat beramai-ramai.

Pada majlis sambutan berkenaan, Raja Muda Musa turut berkenan menyampaikan anugerah kepada pegawai masjid melibatkan imam bilal dan siak serta anugerah pendakwah dan anugerah keluarga mithali.

Anugerah imam disampaikan kepada Imam masjid Sungai Betul dan penasihat bagi Masjid Ismaliah Bagan Datuk Shuhim Ali Othman dan Anugerah bilal Idris Sulaiman serta Mior Osman Mat Aleh bagi anugerah siak.

Manakala anugerah pendakwah diberikan kepada Aman Asnida Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");