Perak Hari Ini

Perak Bakal Jadi Tapak Penyelidikan Ekosistem Dan Biodiversiti Batu Kapur

IPOH:Perak bakal menjadi lokasi utama penyelidikan pembangunan sumber batu kapur menerusi kerjasama pembinaan stesen Penyelidikan Batu Kapur Frim bertempat di Gua Tempurung dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata Kerajaan Perak telah merebut peluang itu dengan memberi kebenaran pembinaan stesen penyelidikan pertama di negara ini dan dunia setelah melihat potensi besar bidang berkenaan pada masa hadapan.

Projek tersebut bakal melibatkan enam lokasi tapak penyelidikan antaranya di Gua Tempurung, Gua Misak, Gunung Rapat, Gunung Kanthan dan Gunung Pondok sebagai lokasi tapak ekosistem dan biodiversiti batu kapur seluas 1,600 hektar.

“Spesis batu kapur paling banyak dan terancam juga ada di Perak selain banyak pontensi berkaitan perubatan turut ada di negeri ini jadi kita bukan sahaja bergantung hasil hutan tetapi boleh bergantung hasil kedua daripada hutan iaitu daripada tumbuhan herba dan ekosistem yang ingin kita ketengahkan kepada umum.

“Banyak spesis batu kapur yang mengalami kepupusan jadi satu tindakan perlu diambil bagi menyelamatkan spesis tumbuhan batu kapur jadi FRIM meminta persetujuan Kerajaan Perak bagi menyelamatkan spesis yang terdapat di negeri ini untuk didaftarkan sebagai hak milik negara kita,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan program Bicara Teknologi yang bertemakan ‘Perhutanan Lestari:Inovasi dan Solusi di Hotel Kinta Riverfront hari ini.

Terdahulu program yang julung kali dianjurkan itu memberi peluang untuk FRIM berkongsi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta teknologi terkini dalam bidang perhutanan dengan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, wakil swasta, pengusaha ladang dan orang awam.

Katanya langkah tersebut merupakan sebahagian usaha FRIM bagi membantu menyelamatkan spesis tumbuhan terancam selain berupaya mengembangkan eko pelancongan meliputi sudut ekonomi dan pelancongan.

Sementara itu Ketua Unit Flora Biodervisiti Frim, Dr Richard Chung setakat ini projek yang mengambil tempoh tiga tahun untuk pelaksanaan masih ditahap kelulusan dan pemberian peruntukan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta kelulusan tapak terlibat oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

“Pemberian lima hektar tanah untuk pembinaan stesen ini kelak akan menjadi pusat pengumpulan sampel spesis batu kapur daripada tapak penyelidikan jadi kita berpeluang memulihara hidupan batu kapur untuk dipindahkan ke tapak yang sesuai kelak supaya spesis ini tetap dapat dijaga dan pulihara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");