Perak Hari Ini

Permohonan i-Suri Di Perak Tidak Dapat Sambutan

IPOH:Jumlah suri rumah yang berdaftar dengan Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Perak masih tidak mendapat sambutan yang baik.

Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyaraka,Wong May Ing berkata sejak ia dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan hanya sejumlah 1,454 orang berdaftar berbanding jumlah yang layak sebanyak 13,603 orang.

“Jumlah berdaftar di Perak sangat sedikit sepatutnya keseluruhan yang layak dan berdaftar dengan E-Kasih 30 Jun 2018 ialah 13,603 sehingga sekarang hanya 1,454 orang yang berdaftar,” katanya dalam satu sidang media selepas persidangan ketiga Mesyuarat Ketiga penggal pertama Dewan Negeri yang keempat belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Katanya sejumlah 12,149 orang suri rumah yang masih belum berdaftar dengan KWSP dan menerima manfaat yang disediakan.

“Pihak suami hanya perlu membayar sebanyak RM5 sahaja dan kerajaan Pusat akan membayar sejumlah RM40 kepada pencarum yang layak dan berdaftar dengan i-Suri,” katanya.

Tambahnya lagi antara alasan paling banyak yang diberikan adalah tidak berkemampuan untuk membuat pembayaran dan pihak suami juga tidak mampu untuk membayar bagi pihak isteri.

“Kerajaan negeri mahu menggalakkan suri rumah untuk tampil mendaftar kerana sehingga kini hanya 10.69 peratus sahaja menyertai skim ini,” katanya.

Tambahnya lagi, golongan suri rumah turut menerima bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk berdaftar melalui KWSP untuk mendapat manfaat dan simpanan untuk mereka kelak.

“Para suami perlu tampil membantu isteri membayar sejumlah RM5 sahaja dan dibantu oleh `Kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 setiap bulan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");