Membawang Hari Ini

Raihan, Aris Ariwatan Teruja Jayakan Hubbu Rasul

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Maulidur Rasul, Raihan dan beberapa artis ternama lain bakal menjayakan persembahan khas, Hubbu Rasul, pada 24 November ini, di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Selain kumpulan nasyid popular itu, persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam terbabit akan turut menampilkan Aris Ariwatan, Rabbani, Mawi, Daly Filsuf dan Raqib Majid.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Puji-Pujian dan Iman Mutiara itu berkata, mereka bersyukur apabila DBKL mengambil inisiatif untuk menganjurkan persembahan berkenaan bagi memperingati hari keputeraan Rasulullah.

“Ia sebuah program yang diharap dapat menarik masyarakat kita untuk lebih menyintai Nabi Muhammad menerusi lagu. Raihan sendiri sangat teruja apabila diberikan peluang untuk sama-sama menjayakan acara ini.

“Persembahan berkenaan juga dikira cukup istimewa apabila nyanyian kami bakal diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur. Selalunya, kami hanya diiringi muzik orkestra pada persembahan di Indonesia. Jadi, inilah peluang untuk peminat di sini menikmati persembahan seumpamanya.

“Pada malam itu nanti, kami akan akan menyampaikan lagu Ya Nabi Salam Alaika, Thank You Allah dan Ya Rasulullah,” katanya Che Amran Idris mewakili teman sekumpulan yang lain.

Selain Che Amran, kumpulan yang sudah lebih dua dekad mewarnai persada muzik itu turut dianggotai oleh Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.

Penyanyi yang popular dengan lagu Permaidani, Aris Ariwatan, pula berkata, pada era 1990-an, dia sering diundang oleh DBKL untuk menjayakan persembahan pada hujung minggu.

“Justeru, pembabitan saya kali ini adalah untuk menghargai jasa mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya.

“Lagipun, sudah lama saya tidak mengadakan persembahan bersama pemuzik orkestra. Kali terakhir saya berbuat demikian adalah kira-kira tiga tahun lalu. Pentas Hubbu Rasul ini secara tidak langsung dapat mengubati kerinduan saya untuk beraksi bersama orkestra,” katanya.

Persembahan percuma di bawah program KL Rhythm Nitez anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL serta Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) itu akan diacarakan oleh Imam Muda Nazrul.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");