Berita Hari Ini

Rayuan Anwar Kepada Guan Eng

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disaran memberi perhatian kepada nasib golongan nelayan, petani, peladang dan pekebun kecil dalam Belanjawan 2019.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkata, rata-rata golongan itu hidup miskin tetapi peruntukan untuk mereka pula agak kecil dan ada yang dipotong.

“Saya minta supaya bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil dan penoreh getah, subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi (diberikan). Insentif bersasar nelayan dipastikan sampai ke kumpulan sasar.

“Satu lagi, subsidi baja padi bukit dan padi huma di Sarawak dan Sabah. Sudahlah mereka miskin, jumlah diperuntukkan pun tak banyak cuma RM70 juta.

“Elaun sara hidup nelayan darat yang dulunya diperuntukkan RM12.5 juta, kini dipotong kepada RM3.5 juta. Kalau kita lihat semua ini jumlahnya masih kecil,” katanya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Anwar, beliau memahami rasional pengurangan bajet itu kerana berlaku ketirisan dalam peruntukan dan pengagihan subsidi sebelum ini lapor Sinar.

“Jadi saya setuju Menteri Kewangan ambil langkah yang lebih tegas menghalang segala ketirisan atau penyalahgunaan kuasa dan memastikan pembahagian kepada kelompok sasar ini yang miskin seperti pekebun getah dan nelayan lebih terjamin,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng (PH-Bagan) yang bangun mencelah memberi jaminan kerajaan tidak akan mengabaikan golongan tersebut.

“Sudah tentu bagi pihak kementerian akan beri jaminan bahawa peladang, pekebun kecil, dan nelayan yang tulen tidak akan diabaikan. Itu yang penting.

“Kita akan pastikan juga bahawa ketirisan yang hendak kita atasi tidak akan memangsakan peladang, pekebun atau nelayan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");