Jenayah

Shahidan Mengaku Tidak Bersalah Cabul Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun

KANGAR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas dakwaan mencabul remaja perempuan berusia 15 tahun pada 20 Oktober lalu.

Tertuduh yang berusia 67 tahun dengan tenang mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Johari Hassan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahidan yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta Toyota Harrier di tepi jalan, pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, bekas Menteri Besar Perlis itu berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan.

Hakim kemudian menetapkan RM25,000 sebagai ikat jamin dengan dua penjamin kepada tertuduh dan kes akan disebut semula pada 8 Januari depan di Mahkamah Sesyen yang sama.

Dua penjamin iaitu anak dan menantu tertuduh, Ameer Shafiq Shahidan dan Muhamad Lukman Abdul Rashid bertindak sebagai penjamin bagi tertuduh.

Kedua-dua mereka menjelaskan wang ikat jamin itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail sementara tertuduh diwakili peguam Thalia Rohana Abd. Latiff, Zuhair Ahmad Zakwan dan Syed Muhamad Anwar Syed Lokman Hakim.

Shahidan meminta izin untuk bercakap selepas Johari Hassan membuat keputusan.

“Ini merupakan kali pertama saya dihadapkan ke mahkamah malah telah menerima waran tangkap tanpa notis.

“Saya berdoa supaya keadilan dan kebenaran ditegakkan. Allahu Akbar,” katanya. – K! ONLINE.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");