Perak Hari Ini

Tak Mahu Teruskan ‘Persengketaan’-Hasnul

IPOH:”Saya perlu bersabar dan tidak mahu meneruskan persengketaan ini, kehidupan perlu diteruskan,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim setelah mengumumkan keputusan meletak jawatan selaku presiden hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada tugas sebagai Exco kerajaan negeri Perak dan bukan disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak.

“Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga serba sedikit disebabkan desakan daripada penyokong namun saya perlu melalui kehidupan seperti orang lain yang ada rasa bebasnya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pafa di sini, hari ini.

Menurut Hasnul, beliau akan menyerahkan surat rasmi perletakan jawatan itu dalam masa terdekat yang akan diputuskan oleh exco kelak.

Hasnul mengakui biarpun mengalas tugas sebagai Presiden Pafa hanya dalam tempoh yang singkat namun pengalaman dilaluinya disifatkan sangat besar dan istimewa.

“Saya kira ada sedikit sedih tentang apa yang berlaku pada saya hingga netizen tidak melihat pengorbanan daripada sahabat Pafa saya yang lain, saya dihina begitu teruk sekali, sedangkan kesalahan saya bukannya pecah amanah dalam Pafa dengan membawa keluar duit, merompak atau mencuri.

“Ianya perkara yang sedikit yang menguriskan, dan saya telah meminta maaf secara terbuka namun kehidupan perlu diteruskan dengan kepelbagaian pendapat daripada orang-orang lain.

“Barangkali saya berharap kemaafan saya diterima tetapi sesetengah golongan peminat tidak melihat kemaafan itu dari saya dan berpandangan ini hanya permainan sahaja daripada seorang presiden muda,”katanya ketika diminta mengulas berhubung tindakannya itu.

Beliau pada akhir sesi sidang media dalam nada gurauan mengakui desakan diterimanya seperti buli siber dan mungkin akan terjadi kepada sesiapa sahaja.

“Dalam kehidupan pastinya ada kekecewaan namun perlu diteruskan tetapi jangan jadikan alasan untuk berasa lemah,” katanya.

Terdahulu beliau mengumumkan penyertaan pemain tengah Terengganu, J Partiban yang menjadi pemain baru yang pertama yang ditandatangani oleh Pasukan Perak The Bos Gaurus sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran musim hadapan.

Partiban, 26, adalah bekas pemain Perak yang berhijrah ke Terengganu empat tahun lalu, kini mahu berkhidmat semula dengan pasukan negeri kelahirannya.

Majlis menandatangani perjanjian itu telah diadakan di Pejabat Pafa sebentar tadi, dan beliau telah menandatangani kontrak setahun bersama The Bos Gaurus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");