Berita Hari Ini

Tawaran Kerja Lebih Baik Punca Polis Bersara Awal

KUALA LUMPUR: Tidak nampak masa depan yang cerah serta mendapat tawaran pekerjaan lebih baik dipercayai menjadi punca berlakunya peningkatan trend bersara awal dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata daripada maklumat balas diterima yayasan itu, ia antara beberapa punca mengapa ramai pegawai serta anggota pasukan keselamatan itu mengambil keputusan bersara awal.

Katanya, antara punca lain adalah disebabkan mereka (pegawai dan anggota) berkenaan dinasihatkan oleh anak-anak untuk berhenti berikutan mampu menanggung perbelanjaan ibu atau bapa yang berkerja sebagai polis.

“Pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, semalam mengenai trend bersara awal dikalangan warga polis yang sangat membimbangkan itu perlu dikaji secara menyeluruh oleh kerajaan bagi mengetahui punca sebenar.
“Ini kerana jika trend bersara awal itu berterusan, pasukan polis akan kehilangan pegawai serta anggota berpengalaman.

“Jadi, kajian itu perlu bagi mengetahui sama ada bebanan kerja ditanggung mereka amat berat dan jika benar, sesuatu harus dilakukan dengan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Lam Thye berkata, biarpun PDRM boleh mengambil pegawai serta anggota baru, namun ia akan memakan masa untuk melatih mereka termasuk bagi membolehkan mereka mempelajari pelbagai kemahiran baru serta menyelesaikan pelbagai jenis kes.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji semula skim gaji dan elaun PDRM agar ia menjadi lebih menarik.

“Selain itu, mereka juga perlu diberikan latihan merangkumi aspek kesihatan mental agar mereka mampu berhadapan dengan tekanan akibat bebanan kerja dan harapan masyarakat.

“Namun, apa yang membimbangkana adalah, ada antara mereka kecewa dengan kebajikan anggota PDRM yang tidak dijaga dengan baik termasuk gaji tidak setimpal manakala tiada sokongan sewajarnya daripada kerajaan serta masyarakat,” katanya.

Menurut Lam Thye, jika isu berkaitan peraturan atau soal disiplin ketat menjadi punca, ia memang tidak boleh diterima kerana perkara itu sudah menjadi keutamaan bagi setiap pasukan keselamatan.

Katanya, mereka yang memohon untuk menyertai PDRM seharusnya tahu dan bersedia untuk berhadapan dengan kehidupan penuh berdisiplin dan berintegriti.

“Paling penting, masyarakat juga perlu bersikap adil kepada anggota polis kerana mereka juga manusia yang mempunyai perasaan serta keluarga.

“Janganlah hanya kerana beberapa kerat yang didapati bersalah melakukan jenayah atau terbabit rasuah, kesuluruhan organisasi dihina dan dikecam,” katanya

Dilaporkan seramai 2,446 anggota polis memilih untuk bersara awal (pilihan sendiri). Jumlah itu hampir separuh daripada keseluruhan 5,000 pegawai serta anggota yang bersara bagi tahun ini sahaja.NSTP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");