Sukan Hari Ini

Jin Wei Juara Lagi

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berada pada kelas tersendiri apabila meraih gelaran juara buat kali kedua pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia, awal pagi tadi.

Kejayaan itu hadir selepas pemain berusia 18 tahun itu menewaskan pemain Denmark, Line Christophersen 21-13, 21-11 dalam aksi final kejohanan yang berlangsung di Markham, Kanada.

Jin Wei sebelum ini turut muncul juara pada edisi 2015  di Peru.

Kejuaraan yang dirangkul awal pagi tadi melengkapkan musim cemerlangnya dalam saingan peringkat remaja selepas mencipta sejarah menjadi atlet pertama memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Belia 2018.

Sementara itu, hasrat untuk menyaksikan Malaysia merangkul gelaran berganda tidak kesampaian apabila beregu wanita negara, Pearly Tan-Toh Ee Wei tewas di pentas akhir.

Mereka tunduk kepada pilihan utama dari China, Liu Xuanxuan-Xia Yuting 21-16, 21-16 lapor NSTP.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");