Sukan Hari Ini

Tun M Doa Harimau Malaya Terus Mengaum

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat berjuang buat pasukan Malaysia yang akan berdepan Vietnam dalam aksi Kumpulan A, Piala AFF Suzuki di Stadium Kebangsaan My Dihn, Hanoi malam ini.

Sambil memegang jersi Harimau Malaya, Dr Mahathir mengharapkan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe dapat menjinakkan pasukan lawan yang menduduki ranking 102 dunia.

“Buat pasukan bola sepak Harimau Malaya yang akan bertembung dengan pasukan Vietnam malam ini, saya ucapkan selamat berjaya,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Harimau Malaya sebelum ini merekodkan dua kemenangan iaitu menumpaskan Kemboja, 1-0 dan Laos, 3-1.

Malaysia yang merupakan juara edisi 2010 kini mengungguli Kumpulan A dengan enam mata dan bakal berdepan Myanmar dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 November nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");