Membawang Hari Ini

Usah Melatah Kalau Dikecam: Ben Ladin

ARTIS remaja, Ben Ladin, 17, memberitahu jangan cepat melatah apabila dikecam netizen.

Ujarnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 (SFMM) minggu pertama, berkata, menjadi seorang artis memang akan menjadi lensa masyarakat

“Pada saya kalau kita berada di dalam industri mereka (yang melihat atau tidak senang) dengan kita hanya menunggu masa untuk mencari kesalahan.

“Jadi bila ada kesalahan yang dibuat mereka akan menghentam,” katanya dilihat tenang lapor Sinar Harian.

Tambahnya lagi, apabila keadaan agak tegang sebagai seorang artis janganlah melayan supaya suasana tidak menjadi lebih teruk.

“Kalau dah ada api jangan pula ditambah gasolin (ketawa). Oleh itu, saya kenalah jadi air untuk tenangkan keadaan.

“Usah melatah sebab dalam industri ini semua orang akan memerhatikan gerak geri kita. Maka, kena berhati-hati dari segi percakapan dan sebagainya,” jelasnya.

Terdahulu lagu Ben Ladin berjudul Hikayat Benladin antara 30 buah lagu yang berjaya memasuki ke pentas SFM33.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");