Berita Hari Ini

20 Termasuk Wanita, Kanak-kanak Afghanistan Maut Dibom

ASADABAD: Sekurang-kurangnya 20 penduduk awam Afghanistan termasuk 12 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara menyasarkan seorang komander Taliban di wilayah timur Kunar, lewat kelmarin.

Menurut beberapa pegawai tempatan, serangan itu disasarkan terhadap Sharif Mawiya dan ia adalah antara operasi terbaharu menyasarkan komander lapangan kanan termasuk gabenor bayangan wilayah selatan Helmand yang terbunuh pada 2 Disember lalu, lapor BH Online.

Ramai komander tentera Taliban terbunuh, sejak awal bulan ini disasarkan tentera Afghanistan dengan sokongan penasihat dan kuasa serangan udara Amerika Syarikat (AS), namun kaedah itu meningkatkan risiko kecederaan awam.

Ahli majlis wilayah, Abdul Latif Fazly berkata, lapan wanita dan 12 kanak-kanak terbunuh serta lebih 15 penduduk awam cedera dalam insiden itu.

Gabenor Kunar, Abdul Satar Mirzakwal berkata, operasi tentera Afghanistan di daerah Sheltan membunuh 38 anggota Taliban dan ahli al-Qaeda termasuk empat warga asing dengan 12 lagi cedera.

Katanya, operasi itu menyasarkan Sharif Mawiya yang dipercayai menjadi fasilitator militan al-Qaeda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");