Jenayah

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak

AMPANG: Seorang bayi lelaki diletakkan dalam kotak ditemui dalam kawasan surau di AU1, Taman Keramat, di sini, malam tadi.

Menurut laporan BH Online, bayi yang lengkap berpakaian dan masih hidup itu ditemui jemaah surau di Jalan AU1A/3E, Taman Keramat, pada 8.56 malam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, pihaknya kemudian mengarahkan sebuah kereta peronda polis ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati bayi masih bernyawa itu diletakkan dalam kotak warna coklat bersama lampin pakai buang dan susu.

“Pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan turut mengesahkan bayi dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya kemudian membawa bayi itu ke Hospital Ampang untuk rawatan dan pemeriksaan susulan.

Katanya, bayi kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Zon Kuning.

“Sehingga kini, kita (polis) masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti ibu bapa dan pihak bertanggungjawab meletakkannya di surau berkenaan.

“Orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Penemuan bayi berkenaan mula tular dalam laman sosial sejak jam 11 malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");