Panasnya Hari Ini

Sokongan Kepada Tun M , BERSATU Makin Kukuh

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti itu semakin kukuh dan meningkat di seluruh negara.

Ia berikutan penambahan ribuan ahli baharu terutama membabitkan kaum Melayu dan Bumiputera, termasuk anak Sabah yang menetap di Semenanjung.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Abu Bakar Yahya, berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dan yakin jumlah itu akan meningkat tahun depan.

“Kita (BERSATU) parti baharu dan mungkin ada orang mahu masuk (menjadi ahli), namun tidak begitu tahu cara untuk mendaftar atau mempunyai sekatan tertentu.

“Mereka menyertai kita kerana mahu terus membantu Tun M memulihkan negara terutama ekonomi dan masa depan rakyat.

“Justeru, saya menyeru mereka yang mahu menyertai kita supaya menghubungi mana-mana pejabat BERSATU untuk pendaftaran lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jalinan Silaturahim Anak-Anak Sabah Kembali Ke Sekolah dan Penyerahan Borang Keahlian BERSATU di Dewan Kamunting, Seksyen 25, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu (PKB), Adzmi KK Juatan.

Pada majlis anjuran PKB itu, seramai 2,000 ahli yang juga anak Sabah menyerahkan borang keahlian menyertai BERSATU.

Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, pengesahan keahlian bagaimanapun perlu dibawa ke mesyuarat terlebih dulu untuk dipertimbangkan sebelum pendaftaran itu diluluskan.

Sementara itu, Adzmi berkata, pihaknya akan menjalankan jelajah di negeri lain untuk menarik lebih banyak keahlian membabitkan anak Sabah yang menetap di Semenanjung.

“Kita setakat ini turut menerima 2,000 lagi permohonan ahli baharu yang ingin menyertai BERSATU, namun ia masih sedang diproses,” katanya.

PKB yang diwujudkan sejak tiga bulan lalu bertujuan membantu kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak di sekitar Lembah Klang dalam pelbagai aspek, termasuk pendidikan dan pekerjaan, selain membabitkan mereka secara aktif dalam pelbagai aktiviti berpersatuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");