Perak Hari Ini

Atlet Perak Terima Insentif Sebanyak RM1.5 Juta

IPOH- Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM1.5 juta kepada kesemua atlet negeri Perak yang telah mengharumkan nama negeri ini sempena sukan yang berlangsung sepanjang tahun 2018.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri berharap dapat memberikan insentif yang lebih tinggi bagaimanapun jumlah yang diberikan adalah berdasarkan kepada pungutan pingat yang telah diterima.

“Tidak lupa juga, insentif turut diberikan kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan.

“Kerajaan negeri bersedia untuk memberikan insentif yang lebih kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri malah berbangga dapat memberikan insentif kepada atlet kita,”katanya dalam satu sidang media semasa Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Negeri Perak 2018 di Hotel Kinta River Front di sini hari ini.

Skuad The Boss Gaurus menerima insentif sebanyak RM317,000
Skuad Bola Sepak menjadi juara SUKMA menerima insentif sebanyak RM54,000
Atlet Ping Pong menerusi temasya Para SUKMA menerima insentif sebanyak RM47,000

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Dan Sukan, Howard Lee Chuan How dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman.

Dalam pada itu, para atlet yang menerima insentif tersebut adalah dari temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Para SUKMA, kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia 2018 (SOPMA), skuad Bola Sepak Perak The Boss Gaurus melalui Piala Malaysia 2018 serta Pasukan Hoki Lelaki dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2018 yang telah dipertahankan dua kali berturut-turut.

Menteri Besar serta Exco Belia dan Sukan beramah mesra bersama para atlet.

 

Menteri Besar juga selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) serta Exco Belia dan Sukan turut beramah mesra bersama skuad TBG.

 

Ahmad Faizal turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua atlet, pegawai pasukan, Majlis Sukan Negeri, persatuan-persatuan sukan dan semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam mencapai kejayaan yang membanggakan seluruh rakyat Perak.

“Sesungguhnya sebagai rakyat Perak, kita amat bersyukur kerana tahun 2018 yang bakal melabuhkan tirainya, malahan menjadi tahun yang bersejarah kerana berjaya mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan dalam bidang sukan,”katanya.

Selain itu, Howard Lee berkata, beliau berharap agar insentif yang diberikan dapat menjadi ilham terhadap pembangunan ekonomi sukan negeri ini sekali gus menjadi pelengkap kepada agenda membangunkan negeri Perak sebagai destinasi tuan rumah sukan terbaik.

Terdahulu, kontinjen SUKMA negeri berjaya merangkul 37 pingat Emas, 50 pingat Perak dan 56 pingat Gangsa semasa SUKMA edisi ke-19 Perak serta 29 pingat Emas, 33 pingat Perak dan 22 pingat Gangsa dalam temasya Para SUKMA disamping kejayaan terbesar negeri iaitu memperoleh kejuaraan menerusi skuad bola sepak dalam Piala Malaysia 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");