shadow

PELAKON dan penulis lirik, Bob Lokman, 54, hari ini kembali berniaga selepas kematian anak sulungnya, Allahyarham Mohamad Adam pada awal Oktober lalu.

Bob dihubungi mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan kenalan yang datang ke kedai makan miliknya sebagai tanda sokongan.

“Alhamdulillah, hari ini, saya kembali berniaga di kedai makan yang ditutup sejak dua bulan lalu. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Menurut Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya untuk terlalu banyak bergerak dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat.

“Saya tak boleh terlalu banyak bergerak. Tapi, Alhamdulillah saya dah boleh memasak di rumah dan pekerja akan membawa barang-barang serta makanan yang sudah dimasak ke kedai,” katanya.

Tambahnya, dia masih lagi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk penyakit-penyakit yang dihidapinya termasuklah penyakit jantung, paru-paru dan kencing manis.

Selain Bob, perniagaan itu juga dibantu oleh isteri, anak-anak serta pekerja.

Kedai makan milik Bob yang dibuka di TTDI Jaya, Shah Alam sebelum ini diusahakan oleh Adam yang meninggal dunia di usia 25 tahun.

Komen & Pendapat