Panasnya Hari Ini

DAP Takut Saya Bertanding – Sivarraajh

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Sivarraajh Chandran menyifatkan parti lawan, DAP sebenarnya ‘takut’ kepadanya sekiranya beliau bertanding dan berpeluang untuk memenangi kembali kerusi yang disandangnya itu pada 26 Januari depan.

Memetik laporan MalaysiaGazette, demikian reaksi Sivarraajh setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang bermula 13 Disember 2018.

“DAP takut saya bertanding. Saya tidak mahu beri komen lebih daripada ini.

“MIC juga mempunyai beberapa calon pemimpin yang layak untuk bertanding di kerusi Cameron Highlands nanti, biar MIC tentukan,” katanya, sebagaimana dilaporkan MalaysiaGazette.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, Sivarraajh yang juga merupakan Naib Presiden MIC juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

“Keputusan itu dibuat setelah mengkaji keseluruhan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu dan Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 36 (2)(a).

“Di samping itu, Laporan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 37 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bertarikh 13 Disember lalu serta pandangan undang-undang mengikut Akta 5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran memaklumkan Sivarraajh merupakan antara calon yang akan dipertimbangkan MIC untuk bertanding pada PRK Parlimen Cameron Highlands Januari ini.

Pada 30 November lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya membatalkan kemenangan Sivarraajh selepas mendapati berlaku amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan BN.

Bagaimanapun, sehingga kini Sivarraajh bertegas dirinya tidak pernah melakukan sebarang perlakuan rasuah, sebaliknya imej itu sengaja di uar uarkan oleh parti lawan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Sivarraajh mendapat 10,307 undi untuk menewaskan calon DAP, M Manogaran (9,710). Calon Pas, Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 undi manakala dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");